Tuesday, May 22, 2012

Testimonial from a diploma student

Hanisha Irena took Calculus tuition with me to prepare for her final exams. Even though Calculus wasn't her favorite subject, I was amazed by her strong will and high determination to achieve good marks in this tough subject. Let's hope the exam results turn out good Irena! =)

Irena's Testimonial


Friday, May 18, 2012

Testimonials from Alif Ezrul and his mother

Here are testimonials for me from Alif  and his mother, Puan Julinah. Alif's result is a proof that getting average in your initial results does not mean you can't get A+ in your SPM. It is all possible if you really WANT IT, and if you are prepared to work hard for it. His mother was so happy that she cried when seeing her son's SPM result. So to Form 5 students who will be taking SPM this year, don't you wanna do the same for your parents? =)
To Puan Julinah, thank you so much for hiring me, and for all those delicious Secret Recipe's cakes served during my lessons with Alif hehe..

Alif's testimonial


Puan Julinah's testimonial

Wednesday, March 21, 2012

Congratulations to Alif Ezrul Azrin, 10As wohoo!!

Congratulations to all SPM 2011 students who have achieved excellent results in their exam. Special congratulations to my ex-student, Alif Ezrul Azrin from SM Damansara Utama who achieved 10As!! And for getting A+ in Add Maths and A in Mod Maths. Alhamdulillah and all praises to the Almighty.
You have certainly made your parents proud! Cikgu wishes you the very best in all your future endevours! =D



Tuesday, January 17, 2012

Preparing For Add Maths

Assalamualaikum and good day,

How has the new year been so far for all of you? Have you started working hard on your studies, or are you still in the 'holiday mode'? ( Since Chinese New Year holiday is coming soon). I hope that all of you have started revising, especially the Form 5 students who will be taking SPM this year. It's very important for you to start early, as studying last minute will more often than not causes problems instead of solving it. So for those Form 4 students who are taking Additional Maths, attached below is a file containing some basic practices for you to brush up your Maths skills before tackling the tough Add Maths questions. As for the Form 5 students, if you have been getting not so very good marks in Add Maths last year, this is a chance for you to examine your basic Maths knowledge, as the problem might have something to do with it.

Click on the link below to download the file. To all Chinese students, I wish you a very happy Chinese New Year! May the new year brings you more prosperity and success!

http://www.tutorhambal.com/images/2012/01/PrepareForAddMaths.pdf
http://www.tutorhambal.com/images/2012/Homework%20Add%20Maths-%20Quadratic%20Eqn.pdf

Friday, December 30, 2011

Baru!!

                       Khas untuk pelajar-pelajar SPM di Kota Damansara dan sekitarnya. Sila share bersama rakan-rakan anda yang mungkin berminat ya! 
Selamat Tahun Baru 2012 Semua! =D



Thursday, December 22, 2011

Macam mana nak dapat A+ dalam Matematik Tambahan, Cikgu?


Semasa di sekolah, dari Form 4 sampai awal Form 5, Cikgu asyik dapat gagal untuk Add Maths. Diulangi - FAIL. Tapi subjek Mod Maths tak pernah pulak tak dapat A1 (masa tu belum A+). Jadi Cikgu sangat tak berpuas hati. Dan lepas SPM trial exam, cikgu Add Maths bagitau yang Cikgu tak payah risau sebab Cikgu mesti akan lulus dalam SPM punya. Hah?? Lulus je?!! Cikgu nak A1 lah!! (sebab nak dapat biasiswa, kenalah dapat A1 kan?). Lepas tu Cikgu terus ulangkaji habis-habisan (orang Kedah cakap pulun!). Akhirnya, masa dapat result SPM, tersenyum lebar Cikgu. Terpampang di slip result- Matematik Tambahan : A1! (Alhamdulillah dan ribuan terima kasih kepada semua cikgu dan kawan-kawan di SMSAH dulu)

Jadi pelajar-pelajar sekalian, tak mustahil sebenarnya untuk dapat A+ dalam Add Maths, walaupun anda mungkin asyik gagal, atau cukup-cukup makan je dalam result sebelum ni. Apa caranya?


1. Anda mesti bertekad untuk dapat A+ !!

Katakan awak seorang pelajar lelaki, dan ada hati kat sorang pelajar pompuan kat sekolah. Kalau awak nak jadikan dia ‘girlfriend’ (kecik2 dah nak ada gf kan), awak mesti sanggup lakukan apa saja untuk dapatkan dia, kan? Ini termasuk buat benda tak normal seperti tulis surat cinta berjela2 dan spray perfume kat surat tu sebelum pass kat posmen (member anda) untuk hantar kepada dia. Ataupun beli coklat mahal atau bunga (pakai duit mak) masa Valentine’s day untuk dia. Ataupun buat aksi ‘macho’ dalam kelas atau masa PJ untuk tarik perhatian dia,kan…? (Untuk student perempuan, terbalikkan situasi di atas).



Sama jugak dengan Add Maths. Anda mesti ada keinginan yang sangat kuat untuk dapatkan A+ dalam subjek tu. Dan selalunya atas sebab yang kukuh. Contoh, sebab nak dapat biasiswa ke universiti, atau sebab nak buat kejuruteraan masa degree nanti, atau sebab nak buktikan kepada mak ayah atau kawan-kawan yang anda juga seorang pelajar yang pandai, etc. Keinginan itu mestilah sangat kuat sampai sanggup lakukan apa sahaja yang diperlukan! Anda nak dapat A+ dalam Add Maths!

2. Anda mesti kuasai kemahiran dan topik asas Matematik!

Ini perkara pertama yang termasuk dalam ‘apa sahaja yang diperlukan tadi’. Kemahiran asas tu ialah: 
  • Hafal sifir sampai sifir 12
  • Boleh buat congak (tambah,tolak,darab,bahagi) mudah melibatkan nombor positif dan negatif tanpa pakai kalkulator
Kalau setakat nak kira 2x10+15 pun nak kena pakai kalkulator, tak payahlah berangan nak dapat A+ dalam Add Maths. Kalau belum kuasai, mula berlatih sekarang!
      
Topik-topik asas yang anda kena ‘master’ pula ialah:
  •     Algebra
  •     Persamaan Linear
  •     Pecahan
  •     Integer
  •     Indeks
  •     Koordinat dan Graf Fungsi
  •     Trigonometri
Kenapa kita belajar Matematik sampai 3 tahun sebelum PMR? Sebab semua kemahiran di atas dipraktis masa tu. Dan semuanya digunapakai untuk jawab soalan Add Maths nanti. Untuk 7 topik asas di atas, Cikgu boleh kongsi macam mana nak kuasainya. Just ask me ok! Tapi mestilah buat 3 perkara di bawah!

3. Mula awal!

Ada juga sebab kenapa kita belajar Matematik Tambahan untuk 2 tahun, dan bukan setahun saja (atau lagi teruk, belajar last minit). Sebab subjek ni susah, dan secara purata setiap pelajar perlukan 2 tahun untuk kuasai semua topik. Jadi jika anda akan ambil SPM tahun depan, anda kena mula belajar sekarang! Jangan tunggu last minit! Minta cikgu, cikgu tuisyen atau kawan untuk tolong anda mula belajar. Lebih awal mula, lagi cepat kelemahan anda dapat dikenalpasti dan diperbaiki. Anda juga dapat cover semua silibus satu atau 2 bulan sebelum SPM, dan kemudian ada masa yang cukup untuk prepare dengan buat kertas SPM yang lepas, atau soalan-soalan trial negeri lain.


4. Latihan dan Berlatih!      

Belajar saja tak cukup, tidak adik-adik.. Anda kena berlatih! Selagi tak berlatih buat soalan, kita takkan tahu apa yang kita tak tahu, atau apa yang masih tak faham. Buat latihan yang senang dulu, lepas tu baru cuba soalan yang susah. Kalau stuck, tengok contoh soalan dan jawapan lebih kurang yang ada dalam buku rujukan. Jangan cepat give up! Banyak pelajar sebelum anda dah buat soalan yang sama, dan bejaya dapat jawapan. Maksudnya anda pun boleh dapat jawab juga! Kalau masih sangkut, bertanyalah. Subjek Add Maths perlukan anda banyak berlatih, sebab itu penting untuk mula awal!


Kucing tak payah berlatih sebab dia bukan ambil SPM pun


5. Jangan takut bertanya!
    
'Malu bertanya sesat jalan'. Kalau dah dapat salah dan tak tau macam mana nak selesaikan satu soalan, jangan malu nak tanya. Kalau tak, nanti kesalahan yang sama diulang, markah Add Maths pun sama jugak tak naik-naik. Kita bernasib baik sebab di sekolah ada cikgu dan kawan yang boleh tolong. Kalau anda pergi tuisyen, tanyalah pada cikgu tuisyen atau tutor. Kebanyakan student takut nak tanya sebab takut salah, ataupun malu. Tak apa jika salah, yang penting dengan bertanya, anda akan tau macam mana untuk tak ulang kesalahan yang sama. Kalau rasa malu pulak, tu normal. Apa yang anda perlu buat ialah hanya buka mulut dan bertanya! Pedulikan rasa malu itu! Anda akan dapati yang takda apa-apa pun yang berlaku kepada tubuh badan anda selepas bertanya, sama ada kecederaan fizikal atau mental! Tanya lagi soalan sekurang-kurangnya 10 kali dan lepas itu anda akan dapati perasaan malu itu boleh diabaikan sahaja. Takde effect apa-apa pun. Bertanyalah!

      Buat semua di atas,dan Insya Allah A+ akan berada dalam genggaman anda. Anda juga boleh bertanya kepada saya apa saja yang tak faham dalam Add Maths, sama ada di blog atau Facebook Cikgu. Selamat berusaha, selamat belajar dan selamat mendapat A+ !

Friday, November 25, 2011

New Testimonial!

Check out the latest testimonial from one of my favorite student, Miss Sarah Nasaruddin. She's a really bright and lively student, with tremendous potential. Too bad we can only have 10 classes, as she had to go back to Oman. I wish you all the best Sarah! =)


Sarah's Testimonial