Thursday, December 22, 2011

Macam mana nak dapat A+ dalam Matematik Tambahan, Cikgu?


Semasa di sekolah, dari Form 4 sampai awal Form 5, Cikgu asyik dapat gagal untuk Add Maths. Diulangi - FAIL. Tapi subjek Mod Maths tak pernah pulak tak dapat A1 (masa tu belum A+). Jadi Cikgu sangat tak berpuas hati. Dan lepas SPM trial exam, cikgu Add Maths bagitau yang Cikgu tak payah risau sebab Cikgu mesti akan lulus dalam SPM punya. Hah?? Lulus je?!! Cikgu nak A1 lah!! (sebab nak dapat biasiswa, kenalah dapat A1 kan?). Lepas tu Cikgu terus ulangkaji habis-habisan (orang Kedah cakap pulun!). Akhirnya, masa dapat result SPM, tersenyum lebar Cikgu. Terpampang di slip result- Matematik Tambahan : A1! (Alhamdulillah dan ribuan terima kasih kepada semua cikgu dan kawan-kawan di SMSAH dulu)

Jadi pelajar-pelajar sekalian, tak mustahil sebenarnya untuk dapat A+ dalam Add Maths, walaupun anda mungkin asyik gagal, atau cukup-cukup makan je dalam result sebelum ni. Apa caranya?


1. Anda mesti bertekad untuk dapat A+ !!

Katakan awak seorang pelajar lelaki, dan ada hati kat sorang pelajar pompuan kat sekolah. Kalau awak nak jadikan dia ‘girlfriend’ (kecik2 dah nak ada gf kan), awak mesti sanggup lakukan apa saja untuk dapatkan dia, kan? Ini termasuk buat benda tak normal seperti tulis surat cinta berjela2 dan spray perfume kat surat tu sebelum pass kat posmen (member anda) untuk hantar kepada dia. Ataupun beli coklat mahal atau bunga (pakai duit mak) masa Valentine’s day untuk dia. Ataupun buat aksi ‘macho’ dalam kelas atau masa PJ untuk tarik perhatian dia,kan…? (Untuk student perempuan, terbalikkan situasi di atas).



Sama jugak dengan Add Maths. Anda mesti ada keinginan yang sangat kuat untuk dapatkan A+ dalam subjek tu. Dan selalunya atas sebab yang kukuh. Contoh, sebab nak dapat biasiswa ke universiti, atau sebab nak buat kejuruteraan masa degree nanti, atau sebab nak buktikan kepada mak ayah atau kawan-kawan yang anda juga seorang pelajar yang pandai, etc. Keinginan itu mestilah sangat kuat sampai sanggup lakukan apa sahaja yang diperlukan! Anda nak dapat A+ dalam Add Maths!

2. Anda mesti kuasai kemahiran dan topik asas Matematik!

Ini perkara pertama yang termasuk dalam ‘apa sahaja yang diperlukan tadi’. Kemahiran asas tu ialah: 
  • Hafal sifir sampai sifir 12
  • Boleh buat congak (tambah,tolak,darab,bahagi) mudah melibatkan nombor positif dan negatif tanpa pakai kalkulator
Kalau setakat nak kira 2x10+15 pun nak kena pakai kalkulator, tak payahlah berangan nak dapat A+ dalam Add Maths. Kalau belum kuasai, mula berlatih sekarang!
      
Topik-topik asas yang anda kena ‘master’ pula ialah:
  •     Algebra
  •     Persamaan Linear
  •     Pecahan
  •     Integer
  •     Indeks
  •     Koordinat dan Graf Fungsi
  •     Trigonometri
Kenapa kita belajar Matematik sampai 3 tahun sebelum PMR? Sebab semua kemahiran di atas dipraktis masa tu. Dan semuanya digunapakai untuk jawab soalan Add Maths nanti. Untuk 7 topik asas di atas, Cikgu boleh kongsi macam mana nak kuasainya. Just ask me ok! Tapi mestilah buat 3 perkara di bawah!

3. Mula awal!

Ada juga sebab kenapa kita belajar Matematik Tambahan untuk 2 tahun, dan bukan setahun saja (atau lagi teruk, belajar last minit). Sebab subjek ni susah, dan secara purata setiap pelajar perlukan 2 tahun untuk kuasai semua topik. Jadi jika anda akan ambil SPM tahun depan, anda kena mula belajar sekarang! Jangan tunggu last minit! Minta cikgu, cikgu tuisyen atau kawan untuk tolong anda mula belajar. Lebih awal mula, lagi cepat kelemahan anda dapat dikenalpasti dan diperbaiki. Anda juga dapat cover semua silibus satu atau 2 bulan sebelum SPM, dan kemudian ada masa yang cukup untuk prepare dengan buat kertas SPM yang lepas, atau soalan-soalan trial negeri lain.


4. Latihan dan Berlatih!      

Belajar saja tak cukup, tidak adik-adik.. Anda kena berlatih! Selagi tak berlatih buat soalan, kita takkan tahu apa yang kita tak tahu, atau apa yang masih tak faham. Buat latihan yang senang dulu, lepas tu baru cuba soalan yang susah. Kalau stuck, tengok contoh soalan dan jawapan lebih kurang yang ada dalam buku rujukan. Jangan cepat give up! Banyak pelajar sebelum anda dah buat soalan yang sama, dan bejaya dapat jawapan. Maksudnya anda pun boleh dapat jawab juga! Kalau masih sangkut, bertanyalah. Subjek Add Maths perlukan anda banyak berlatih, sebab itu penting untuk mula awal!


Kucing tak payah berlatih sebab dia bukan ambil SPM pun


5. Jangan takut bertanya!
    
'Malu bertanya sesat jalan'. Kalau dah dapat salah dan tak tau macam mana nak selesaikan satu soalan, jangan malu nak tanya. Kalau tak, nanti kesalahan yang sama diulang, markah Add Maths pun sama jugak tak naik-naik. Kita bernasib baik sebab di sekolah ada cikgu dan kawan yang boleh tolong. Kalau anda pergi tuisyen, tanyalah pada cikgu tuisyen atau tutor. Kebanyakan student takut nak tanya sebab takut salah, ataupun malu. Tak apa jika salah, yang penting dengan bertanya, anda akan tau macam mana untuk tak ulang kesalahan yang sama. Kalau rasa malu pulak, tu normal. Apa yang anda perlu buat ialah hanya buka mulut dan bertanya! Pedulikan rasa malu itu! Anda akan dapati yang takda apa-apa pun yang berlaku kepada tubuh badan anda selepas bertanya, sama ada kecederaan fizikal atau mental! Tanya lagi soalan sekurang-kurangnya 10 kali dan lepas itu anda akan dapati perasaan malu itu boleh diabaikan sahaja. Takde effect apa-apa pun. Bertanyalah!

      Buat semua di atas,dan Insya Allah A+ akan berada dalam genggaman anda. Anda juga boleh bertanya kepada saya apa saja yang tak faham dalam Add Maths, sama ada di blog atau Facebook Cikgu. Selamat berusaha, selamat belajar dan selamat mendapat A+ !

51 comments:

Anonymous said...

cikgu ni banyak main ni patut la gagal mula2 dulu

Tutor Hambal said...

hehe biasala tu..tp sbb blur dan tak faham dlm add maths pun ya jugak

membe smsah yg sama fail ngan hambal said...

good points..

aku gagal dlm semua jenis ujian add math sebelum SPM. masa tertiary, baru dapat score. kalau laa tak give up on add math masa f4 dulu~haizz..

Tutor Hambal said...

bila dah tertiary br nmpk tak susah mana kan..? Takpe itu semua sudah lepas, sekarang kita motivate adik2 kita yg nk amik SPM supaya jgn give up utk score dlm Add Maths!

Anonymous said...

Cikgu saya risau sbb add-math saya slalu x lbh 20 markah.
..bolh ke saya nk dpt A tambah?saya risau sangat..

Tutor Hambal said...

Insya Allah masih boleh, kena fahamkan betul2 apa yg awak belajar dan buat banyak latihan. Kalau ada topik atau soalan yg tak faham boleh email cikgu di tutor.hambal@gmail.com. Insya Allah cikgu akan cuba bantu

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu.
saya adalah lepasan spm,waktu spm saya tak ambil add maths.tetapi skrg saya masuk kolej saya belajar lebih daripada add maths.paling menyedihkan saya adalah pelajar yang sering gagal di dalam kelas memandangkan saya tiada asas langsung dalam add maths.dan hal ini menyebabkan saya berasa sangat tertekan.saya rasa down sangat cikgu.apa yang patut saya lakukan ?

Tutor Hambal said...

Waalaikumussalam..hmm situasi awak ni agak pelik, biasanya kolej mewajibkan student dapat at least kredit dalam add maths baru boleh ambil jurusan yang berkaitan. kalau awak masih mahu juga mengambil jurusan ini, perkara paling cepat boleh dilakukan ialah mencari private tutor yang boleh membantu awak, bayaran agak tinggi sikit tetapi awak tak buang masa. kalau tidak, terpaksalah awak drop subjek tu dulu, fokuskan untuk perbaiki foundation awak dlm add maths dulu kemudian baru ambil paper ni nanti. Jalan terakhir ialah mungkin awak boleh tukar jurusan yang tidak memerlukan ambil paper tu. Cikgu doakan yang terbaik untuk awak ok!

Unknown said...

Assalaamualaikum cikgu, saya pelajar pa. Pmr dpt 8a. Saya ingt nk ambik bisnes bila U. Atu syariaah. Saya pun mmg stress dgn ad maths. Saya dh bnyk buat tanya tanya sbb saya takut kalau saya terallu fokus pada add maths sampai subjek lain terganggu. Jadi ambik keputusan nak drop. Tu pun masih ragu2. Jadi soalan saya, kalau saya nak ambik Accountant kena ambik ad maths ke? Kalau business? Betulke kalau x ambik add maths susah dpt biasiswa? Bukan klau kte lulus dgn cemerlang semua subjek ke syarat untuk biasiswa? Apa beza matrikulasi dgn asasi dkt U dan akhir sekali.. kalau blaja luar negara diorg x tengok pun kte ambik add maths ke x kan? Tapi tenhok bidang apa yg kita nak amik.. tq cikgu. :)

OUR DIARIES.. said...

cikgu saya sedih sebab ujian setara 1 untuk tahun ni saya hanya dapat 12 peratus...saya berasa amat kecewa..masa menjawab kertas soalan tersebut saya mati akal..walaupun kami diberi peluang untuk melihat buku nota sambil menjawab kerana ianya merupakan soalan add math buat pertama kalinya kami lihat..susah betull...saya tak berapa faham dengan cikgu yang mengajar saya matapelajaran add math ni..macam mana ni??exam penggal 1 akan bermula bulan 5 ni saya risau sangat

Tutor Hambal said...

Waalaikumussalam Aresa Ahmad. Maaf cikgu lambat reply, agak busy sedikit. Di sesetengah universiti, apabila awak ambil subjek Akaun atau Bisnes, awak perlu ambil paper Business Calculus atau Business Maths. Subjek ni asasnya ialah Add Maths. Memang kalau awak nak sambung luar negara universiti tu tak tengok pun awak ambil add maths ke tak, tetapi pihak yang akan memberi biasiswa biasanya akan tengok result Add Maths awak. Ia bergantung kepada badan mana (e.g JPA,Mara,Petronas) yang awak nak apply untuk biasiswa, dan tanya mereka apa syarat2 yang mereka nak. Beza matrik dengan asasi U awak boleh google sendiri sebab cikgu pun tak masuk dua2 program ni dulu.Selamat Berjaya!

Tutor Hambal said...

Adik Zakiah, cikgu tulis artikel blog ni memang ditujukan untuk pelajar macam awak. Masih ada masa lagi untuk awak cari jalan mengatasi masalah yang awak ada sekarang. Kalau tak faham apa yang cikgu ajar di sekolah, cara paling cepat ialah dapatkan cikgu home tuisyen atau private tutor. Memang mahal sedikit tetapi dia ada seluruh masa untuk awak, dan awak boleh tanya dia apa sahaja masalah yang awak ada sama ada tak faham, tak tahu buat dan sebagainya. Kemudian teruskan dengan perbanyakkan latihan. Masih ada banyak masa lagi untuk prepare sebelum SPM. Selamat berjaya

Anonymous said...

asslm cikgu
saye dah due kali failed addmaths
dan setiap kali saye failed addmaths ranking dalam skolah saye menurun dan kalau kat skolah saye ranking dalam batch tu penting cube cikgu bagi tips nak jawab addmaths dgn berkesan sbb setiap kali dapat paper mesti saye blank

Anonymous said...

kimia bio semasa spm , maksudnya belajar diluar? seperti ke tuisyen/privert tutor. belajar di luar waktu pmp .saya tingkatan 4. saya tanya cikgu sekola mereka kata tidak dibenarkan takut pretasi merusut lah , kerajaan tak benar kan lah ,betul ke ? saya minat science . saya cuba berbincang dengan guru besar untuk bertukar class, tetapi dia tidak benarkan dengan menyatakan saya tidak layak . saya sedikit kecewa. saya menyesal tidak belajar elok2 semasa pmr . sesetengah pelajar pmr masih belum matang untuk memikirkan kerjaya masing2 dan saya tidak tahu pun dulu kerjaya saya ditentukan pada masa pmr oleh sebab itu mungkin saya masih main main .jika diberi peluang untuk mengambil subject ini di spm saya bertekad untuk menggunakan peluang yg ada dengan betul . orang kata jika kita ingin kan akan sesuatu mesti ada jalan .

Anonymous said...

boleh ke saya amil kimia bio semasa spm , maksudnya belajar diluar? seperti ke tuisyen/privert tutor. belajar di luar waktu pmp .saya tingkatan 4. saya tanya cikgu sekola mereka kata tidak dibenarkan takut pretasi merusut lah , kerajaan tak benar kan lah ,betul ke ? saya minat science . saya cuba berbincang dengan guru besar untuk bertukar class, tetapi dia tidak benarkan dengan menyatakan saya tidak layak . saya sedikit kecewa. saya menyesal tidak belajar elok2 semasa pmr . sesetengah pelajar pmr masih belum matang untuk memikirkan kerjaya masing2 dan saya tidak tahu pun dulu kerjaya saya ditentukan pada masa pmr oleh sebab itu mungkin saya masih main main .jika diberi peluang untuk mengambil subject ini di spm saya bertekad untuk menggunakan peluang yg ada dengan betul . orang kata jika kita ingin kan akan sesuatu mesti ada jalan .

Tutor Hambal said...

Adik anonymous, soalan awak agak panjang. Cikgu nak type pun panjang juga. Apa kata awak terus sms/call cikgu di 012-2309743 untuk cikgu berikan jawapan. Senang sikit =)

Unknown said...

ckgu saya selalu dpt mrkh mcm ckgu...tpi semua tips ckgu saya tlah guna..saya buat krja rumah yg ckgu bagi,latihan dlm buku,buat soalan past year,sellu brtnya cikgu dlm kls,tnya kwn2,tnya ckgu tusyen(sebenarnya saya ni seorng yg mulut murai tpi bila bljar saya fokus btul2),saya jga dh byk dgr pkr motivasi mcm jnis pakr saya jumpa tpi tkboleh juga...saya pom lama2 mcm nk give up dah sbb selalu dpt fail...ckgu saya nk tnya ckgu apa sebenarnya mslah sya ni.sbb sayapon dh pelik..dn satu lgi saya kalau dlm kls selalu boleh jwb apayg ckgu soal..tpi bila exam tiba dpt kertas dakwt merah..ckgu saya kat sek pom pelik..kdg2 saya blik lewat sbb study dgn ckgu apa yg sya tk fhm dlm kls yg ckgu ajr..ckgu tlg lah saya..saya nk dpt A dlm add math sbb saya skrg ambil akaun dan add math utk msuk matrix..ckgu tlg lh cari jln penyelesaian mslh saya ni..tlg ckgu...

Tutor Hambal said...

Adik jesyica nana nanti What's app cikgu kat 012-2309743. Nanti cikgu tgk apa yg cikgu boleh bantu awak

Anonymous said...

susahnya nak dapat A+ cikgu..dah banyak kali cuba :(

Tutor Hambal said...

Jangan give up ok. Bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian

Unknown said...

cikgu saya ade e-mail cikgu dekattutor.hambal@gmail.com
hrp cikgu dah bace.. and mintak cikgu reply

Tutor Hambal said...

ok amirul cikgu dah reply

Unknown said...

cikgu saya nak tanya ni ada tak tips tips belajar addath dengan pantas ? saya kelas 4 akaun dah buan satu hingga 6 saya ambil ict iaitu internet computer and technology saya mahu tukar ke add math kerana rasa saya tak boleh bawak dengan aliran ict kerana saya jenis susah menghafal . adakah cikgu rasa saya boleh catch up untuk subjek berikut ?

Unknown said...

boleh

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu.tadi saya ada baca blog cikgu.saya seorang budak tingkatan 4 yang mengambil add maths.tetapi masih belum pernah score.selalu dapat markah 12 ke bawah.apa yang perlu saya lakukan cikgu.

Anonymous said...

Cikgu tadi saya ada email cikgu roiylianatasha@gmail.com harap cikgu baca dan balas.terima kasih.

nanawhatever said...

Assalammualaikum cikgu....maafkan saya kerana menganggu tapi saya nak tanya sikit, tahun ni saya murid form 4 yg amik sains tulen di sekolah. Namun itu, keputusan maths dalam ujian pt3 saya merupakan tidak memuaskan iaitu 48, e��. Saya rasa sedih sangat dah down sebab ini kali pertama gred saya teruk camni sepanjang saya berada di sekolah menengah. Saya dapat masuk sains tulen pun sebab result sains saya yg average. Saya takut cikgu adakah saya boleh score dalam maths dah add maths jikalau saya mengulang kaji setiap hari? Saya memang nak score sebab saya nak buktikan kpd parents dah terutamanya rakan-rakan saya kerana mereka sudah mula memandang rendah terhadap saya. Saya rasa sedih sangat seperti saya ni seorang yg bengap. Tolong cikgu berikan tips untuk saya jikalau saya hendak mengulakaji setiap hari dan anggaran masa yg diperlukan dan juga pattern yg harus saya terapkan. Ok terima kasih cikgu ��

Tutor Hambal said...

W'salam Nana, cikgu dah emel awak. Nanti check ya

Unknown said...

Assalammualaikum cikgu. Saya pljr sains tulen. Pt3 dlu saya dpt 4A 5B dan 1E. E tu adalah Maths. Saya terpilih masuk ke kelas aliran sains dan dlm pd masa yg sama, terpilih juga ke aliran akaun. Saya tlh memilih utk ke sains tulen kerana cita2 sya yg nak jd seorang petroleum engineer. Tapi, saya x dpt co-op dengan subjek addmaths. Saya mnyesali tndakan saya x hadir satu hari sbb sakit. Kebetulan hari tu kat skolah ckgu dh ajar bab alfa beta. Bila saya dtg je kat sklh hari seterusnya, saya blur. Saya bkn taknak bertanya dgn cikgu tu sendiri tp saya agk gerun sbb she's very strict. Baru2 ni dia bagi kerja rumah yg sgt banyak sehingga sya rsa terbeban dn x leh nk wat kje lain dh. Sdgkan sye bnyk lgi kje rmh mcm fizik,mod maths, kimia,bio dan bm. Dan date line addmaths tu pulak kira mcm hari ni buat, esok hantar. 18 soalan sye kne buat. Sye x mahir bab² punca nyata, alfa beta. Mulanya sye menyesal krn memilih aliran sains, namun bila difikirkan balik, memandangkan saya mmg sgt2 berminat utk memasuki aliran sains, saya menolak utk msuk ke aliran akaun krn saya tdk minat akaun. Sya tahu ckgu memilih saya utk msuk ke aliran sains krn x ramai budak yg dpt 7a6a. Kebanyakan 4A. Saya sgt2 stres bila sya x fhm. Bantulah sya ckgu. Sya nk jugak merasa lulus addmath. Ini baru bab persamaan kuadratik. Blm tahu nanti bab2 lain mcm mana. Saya stres sgt. Nk tnya ckgu, ckgu tu garang sgt. Jd sya hrp ckgu boleh bantu saya. Saya nk sgt lulus addmath sbb x nak mengulang kesilapan semasa pt3. Saya seorang yg x serius belajar dan bila buat latihan pun, saya rujuk jawapan dan salin 100% tanpa cuba memahami sebab bila sya cuba saya akn jd tertanya2 ttg bbrp perkara cth nya "mcm mna yg ni boleh jd 2x²?"
"Mna prgi x nya?". Saya seorang yg suka memerhati dan bertanya pd diri sendiri dan akhirnya berakhir dgn pertanyaan yg xda jawapan dah sangkut kt situ je lah pertanyaan sye. Sye klau x fhm, sye x buat soalan tu. Sbb klau sye buat sye akan jd lbih kliru. Hrp sgt ckgu bace dn dpt bantu saya. Lagi baik kalau ckgu dpt bantu saya dlm addmath๐Ÿ™‡
(pzzhthr@gmail.com)

Rusyaidi said...

Assalamualaikum cikgu mcm nk bagi kuasai tajuk fungsi

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu,saya sekarang form 5 tapi untuk up1 saya hanya dapat 34.Boleh ke saya dapat kredit? :(

Unknown said...

Nak email cikgu boleh tak
?lebih mudah nak tanya.

Tutor Hambal said...

Boleh emel di tutorhambal@gmail.com atau hambal@tutorkami.com

Ibu said...

Anak saya form 4...hari dpt result & add maths failed...pt3 lepas...math dpt b...guru bgtahu..ramai classmate dia dpt A & B...blh cikgu bantu saya

Tutor Hambal said...

ibu boleh emel details kepada saya di tutorhambal@gmail.com atau hambal@tutorkami.com ya

Anonymous said...

Alamak, takpa lah. Patutlah susah nak faham. Topik-topik asas tu belum master lagi xD. Terima kasih. Nak start malam ni.

ejoy said...

cikgu,saya amat memerlukan bantuan cikgu..saya memang lemah dalam mata pelajaran math...saya mengambil aliran sains tulen itu pun kerana sains saya mendapat A dlm pt3 2015...math saye hanya dpt D..saye tak yakin boleh bawak add math...sepanjang saye berada di tingkatan 4,add math saye selalu mendapat markah kurang 10 walaupun saye dh ikut tip yg cikgu bagi sebulan sebelum final exam tahun depan..cikgu bantulah saye..saye ambil add math hanye mahu masuk matriks

joy said...

*lepas

Unknown said...

assalamualaikum cg , sy ada email cg *zulkiflytasya01@gmail.com* harap cg dpt baca & balas

Unknown said...

Salam cg , sy tak tahu otak sy ni jenis otak maths ke tak ? Sbb orng kata klau bukan otak maths susah belajar add maths..tp masa sklh rendah sy selalu skor 100% tp bila naik f1 sehingga trial pt3 tak pernah dpt A kecuali pt3 sebenar..markah maths sy setakat ni tak ada A+ tp alhamdulillah A ..tp add maths tahun lepas masa first exam sy dpt 68% lepastu turun smpai result exam akhir tahun lepas sy dpt 24%..dan tahun ni sy usaha dngn pergi home tuisyen dan exam awal tahun sy dpt 43%..cg rasa sy ni masih berpeluang ke dlm bidang maths ?

Anonymous said...

ckg,sya baru msuk sklh msa prtghan bulan 3 hri tu.jdi, sya byk tggal dlm smua mta pljran trmsuk addmath.sya dh cba fhmkan addmath tpi x msuk2 jga.dri blan 3 smpai blan skg sya cba,blum msuk jga.sya dh bli bku rujjkjkan,bku ltihan h byk dh, try buat rjuk bku rjukan pun x phm lgi.kwn2 dn ckg smua dh ajr,pun sya x fhm.ckg siap ckap "kamu takkan faham addmath mlainkan kmu hfal" hah? mcm mna nk hfal klau x fhm.sya kna fhm dlu ckg,tpi x brjya lgi.ckg bleh tlg?

MAHMU SIMON said...

Hello kaumku baik Asia, mungkin ALLAH dipuji, nama saya Mahmud Simon, rakyat An INDONESIA tetapi saya sedang berpusat di sini di MALAYSIA; Saya mahu menggunakan medium ini untuk memberitahu anda semua tentang kebaikan Allah yang akhirnya telah membawa saya kepada pemberi pinjaman yang baik ini melalui Puan Nurliana Novi, pemberi pinjaman pinjaman benar-benar asal bernama Elina Johnson, pengarah ELINA JOHNSON LOAN FIRM, selepas saya telah scammed oleh pemberi pinjaman palsu, saya patah, putus asa dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan yang percaya, kemudian dia datang dan meletakkan senyuman besar di muka saya dalam kejutan terbesar saya. Saya tahu kebanyakan kamu juga telah menjadi mangsa penipuan, anda tidak perlu bersusah payah lagi kerana saya perlu menyampaikan berita baik dan satu-satunya pemberi pinjaman anda boleh percaya,
Sekali lagi selepas i mendapat pinjaman dari beliau i melabur dalam perniagaan dan saya melihat bahawa saya memerlukan lebih banyak, saya terkejut apabila ibu memberikan saya pinjaman lain selain daripada pinjaman sebelumnya, orang yang baik saya saya telah melihat ia dan saya adalah sebahagian daripada pengalaman, hari ini hidup saya mempunyai giliran terima kasih baru kepada ibu Elina, ya, anda mungkin takut kerana kesaksian palsu anda telah mendengar tetapi i am saksi dan jika saya sedang bercakap bohong mungkin ALLAH mengambil hidup saya, saya ada orang jika anda mahu pinjaman tulen dia adalah satu-satunya yang boleh dipercayai,
Puan Elina Johnson daripada LOAN FIRM ELINA JOHNSON hanya hubungi beliau hari ini melalui e-mel: elinajohnson22@gmail.com »untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk mendapatkan pinjaman anda atau anda boleh hubungi saya melalui e-mel saya untuk mendapatkan panduan lanjut; mahmudsimon2@gmail.com dan nasihat mengenai bagaimana untuk memohon pinjaman dari Puan Nurliana Novi di nurliananovi96@gmail.com. Saya menunggu untuk mendengar berita anda sendiri yang baik, Terima kasih semua dan mungkin ALLAH dipuji.

Unknown said...

Sy nk minta pendapat cg...sy skor A math tp addmath sy sekadar lulus jer kenapa tak balance yer sbb kwn sy yg skor A math semuanya skor A addmath paling x pon B jer

muhammad safwan said...

saya sedih sebab saya takut addmath saya fail
selama ni saya tak pernah pun fail (peperiksaan pertengahan tahun)
jadi,bagaimanakah cara untuk saya kembalikan kemahiran saya dalam addmath sebelum trial spm.dan,apakah tips untuk kekal cemerlang dalam addmath bagi spm sebenar.insya allah.

Anonymous said...

Saya dh petiksa pertengahan tapi still markah 30+ je..sy faham tapi sy takboleh apply dlm soalan tu ..macamana yer

hendi Zikri didi said...

Untuk informasi lebih lanjut
email saya ... hendidi01@gmail.com
nomor saya .... + 6289574678659
jaminan pinjaman.
tolong perhatikan bahwa saya orang yang sibuk, akan lebih baik bagi Anda untuk mengirim email jika Anda ingin informasi. Saya akan menjawab ketika saya kurang sibuk

Assalamalekum. nama saya Profesor Hendi Didi dari Bukittinggi, kota pedalaman kecil yang menawan yang terletak di Sumatera Barat. semua harap berhati-hati dalam mendapatkan pinjaman di sini di situs ini, dan jangan tanggapi iklan pinjaman yang dikirim ke alamat email pribadi Anda, mereka adalah pinjaman palsu dari Singapura. Saya kehilangan banyak uang untuk para pemberi pinjaman Singapore palsu sehingga banyak pemberi pinjaman pinjaman di sini semuanya scammers dan mereka hanya di sini untuk menipu Anda keluar dari uang Anda, saya mengajukan pinjaman sekitar Rp. 600 juta dan saya diminta untuk membayar sejumlah biaya pendaftaran dan biaya transfer dan saya membayar, mereka bertanya lagi dan lagi dan lagi, saya membayar Rp 89 juta masih saya tidak mendapatkan pinjaman, happend kepada saya sekitar 7 kali dari berbagai perusahaan pinjaman singapore. saya akan memenuhi satu benar tetapi saya tidak. Saya membaca di koran tentang orang-orang yang mendapat pinjaman tanpa stres, dari seorang ibu muslim yang jujur AASIMAHA ADILA LOAN FIRM Saya mengajukan permohonan untuk Rp 853 juta, saya pikir itu adalah lelucon dan penipuan, tetapi saya memiliki pinjaman saya dalam waktu kurang dari 2 tahun. jam hanya dalam 1% tanpa jaminan. saya sangat senang karena saya menabung dari kemiskinan. jadi saya menyarankan semua orang di sini membutuhkan pinjaman untuk menghubungi AASIMAHA ADILA AHMED LOAN FIRM dan saya meyakinkan Anda bahwa Anda akan mendapatkan pinjaman Anda 100% pasti dan cepat. Saya memiliki daftar 15 orang yang mendapatkan pinjaman dari perusahaan muslim dari indonesia dan malaysis
(aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com)
Anda masih dapat menghubungi saya jika Anda memerlukan info lebih lanjut dan bantuan di (hendidi01@gmail.com)

Ikuti kami di halaman instagram ::::::::::: Aasimahaadilaahmed.loanfirm
Twitter ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::: aasimahaadila loanfirm Saya doakan semoga Anda beruntung, saya berjanji untuk bersaksi setelah saya mendapatkan pinjaman, ini adalah kesaksian saya

charity white said...

Halo,
Ini untuk memberi tahu masyarakat bahwa Nyonya Charity White, pemberi pinjaman swasta memiliki kesempatan finansial untuk semua orang yang membutuhkan bantuan keuangan, membayar tagihan, untuk berinvestasi dalam bisnis baru atau untuk meningkatkan bisnis Anda. Kami memberikan pinjaman dengan bunga sebesar 2% kepada perusahaan dan perorangan. Ini tidak memerlukan banyak dokumen, juga syarat dan ketentuan yang jelas dan peka. Hubungi kami via e-mail: (charitywhitefinancialfirm@gmail.com) Kami akan memberikan layanan terbaik kami.

Unknown said...

Cikgu says ni dh fail add math skali .....saya keep studying tp waktu exam saya Lupe semua......nk bt ape cikgu.....saya pelajar saints tulen

ATIKAH MELLARK said...

Boleh sampaikan pada rakan2 yang mempunyai anak atau rakan lepasan SPM.
Untuk kemasukan ke KOLEJ UNIVERSITI ANTARABANGSA PICOMS ๐Ÿซ IPTS bawah Anak Syarikat Majlis Agama Wilayah Persekutuan (MAIWP). Elaun sara diri bulanan diberikan .
Mohon sebarkan maklumat dan informasi yg diterima.
KOLEJ UNIVERSITI ANTARABANGSA PICOMS mencari pelajar lepasan SPM yg berminat untuk mengikuti kursus di peringkat DIPLOMA.
Kursus Yang Ditawarkan:
▶Diploma Sains Kejururawatan
▶Diploma Pembantu Perubatan
▶Diploma Kesihatan Persekitaran
▶Diploma Sains Perubatan
▶Diploma Farmasi
▶Diploma Kesihatan Dan Keselamatan Pekerjaan (OSH )
▶Diploma Pengurusan Hotel
▶Diploma Pengurusan Logistik
▶Diploma Pengurusan Sumber Manusia

Kemasukkan: JULY 2019
Tarikh Pendaftaran: 06 & 07 Julai 2019
Tempoh Kursus : 3 tahun

KELEBIHAN DI PIUC
• Pendaftaran RM195๐Ÿ’ถ๐Ÿ’ฐ sahaja.
• Kolej hak milik penuh dibawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ๐Ÿ•Œ.
• Pinjaman PTPTN disediakan kepada pelajar๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ.
• Duit Sara Diri bulanan RM300๐Ÿ’ต๐Ÿ’ต kepada yang layak.
• Asrama๐Ÿฌ dan pengangkutan ๐ŸšŒ๐ŸšŒDisediakan.
• Penerbangan pergi๐Ÿ›ซ dan balik ๐Ÿ›ฌSabah dan Sarawak ditanggung setelah tamat pengajian.
• Terbuka kepada semua bangsa ๐Ÿง•๐Ÿป๐Ÿ‘ณ♂๐Ÿ‘ฒ๐Ÿป.
• Pasaran pekerjaan 85% - 95 % selepas tamat pengajian.
• "Highly job marketability".
• Tertakluk kepada terma dan syarat.

Berminat Untuk Memohon?
WhatsApp/sms ;-
<>Nama๐Ÿ™‹๐Ÿผ♂๐Ÿ™‹๐Ÿผ♀
<>Alamat ๐Ÿฌ
<>NO Hp ๐Ÿ“ฑ
<> Gambar Kad Pengenalan ๐Ÿ“‘๐Ÿ“ธ
<> Gambar Slip SPM ๐Ÿ“‘๐Ÿ“ธ
<>Email ๐Ÿ’ป
Hantar Kepada
▶ 0102757767

Www.picoms.edu.my / https://amellark95.blogspot.com/2019/03/picoms-pengambilan-sesi-july-2019.html ๐Ÿ’ป
Mohon Untuk Hebahkan Berita Dan Peluang Ini.
MOHON SHARE!!!

Tolong sebarkan berita baik. Kalau bukan anak kita mungkin ada anak2 rakan kita. Jangan tutup pintu peluang mereka.Satu pintu kita buka utk org lain, In Sha Allah 7 pintu Allah buka utk kita. Aamiin

Unknown said...

assalamualaikum cg , boleh tak saya nak dapatkan no. cg ?

Anonymous said...

saya tak setuju bila dah masuk college kena drop subject addmath walaupun sekolah menengah takde asas addmath ,nowdays semua orang yang dah sambung belaja takbole lari dari addmath , kena face jugak kat mana2 tempat ,takkan kita nak stay dengan mindset math asas je, anyone yang rajin insyallah boleh berjaya