Thursday, August 2, 2012

Program Amal Sehelai Baju buat Mengesat Air Mata

                                 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semoga anda semua sentiasa sihat dan kepada pembaca Muslim diucapkan selamat berpuasa dan menjalankan amal ibadah. Bersempena dengan Ramadhan ini, saya ingin berkongsi tentang satu program Amal "Sehelai Baju buat Mengesat Air Mata" yang dijalankan oleh TEAM SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA AHMAD SAABUN (www.SehelaiBaju.com). Tuan-tuan, puan-puan atau para pelajar yang ingin membuat sumbangan (tak mahal RM40 je satu set baju melayu/kurung), bolehlah baca selanjutnya di bawah.

Sahabat saya TuanBri dari www.TuanBri.com telah meggerakkan satu inisiatif untuk memudahkan lagi anda memberikan sumbangan. Saya sertakan petikan dari blog beliau:
http://tuanbri.com/blog/2012/08/program-amal-sehelai-baju-buat-mengesat-air-mata

" Bersempena dengan program www.SehelaiBaju.com yang mengumpulkan sehelai baju raya baru untuk anak-anak yatim di Malaysia. Tuanbri dan Kelab Hartawan Hartanah akan menyumbangkan sedikit sebanyak Baju Melayu dan Baju Kurung untuk anak-anak yatim yang terlibat.
Bagi mereka yang ingin turut serta, bolehlah melayari laman web www.SehelaiBaju.com untuk mengetahui cara cara untuk menyertai Program yang Super Mudah ini Atau menyalurkan SUMBANGAN ANDA kepada Tuanbri (Pemilik Satu Solution Corp Srvc) dan Kelab Hartawan Hartanah dalam bentuk Wang Ringgit agar kami dapat menyalurkan kepada anak anak yatim ini.


 

CARA-CARA – Untuk memudahkan perkiraan, sumbangan anda dikira sebagai harga 1 set baju = RM40. Kami akan membeli sehelai baju tersebut dan memberikan sehelai baju tersebut kepada mereka.
AMARAN – Kalau tak yakin dengan saya atau kami, JANGAN terlibat dengan program ini. Sila layari www.SehelaiBaju.com dan berhubung dengan penganjur tersebut.
Bagi yang mengenali saya, boleh sms kepada 016.310-6500 :-

FORMAT SMS – nama (jarak) email (jarak) Sedekah

dan saya akan sms kan no akaun Satu Solution untuk memudahkan pihak Tuan/Puan memindahkan derma anda. Insya Allah mereka akan bergembira dengan Baju Baru mereka.

Dalam hadith lain, Nabi bersabda takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api.
Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi. Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, Insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan.
Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan.
Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi.
Begitu juga harta – belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui.
(Di pinjam dari www.amalansedekah.blogspot.com)                "

Wassalam..

No comments: